Perhubungan....sesuatu yang menarik untuk dibincang kan. Terlintas dipikiran saya selepas menonton The Last Kiss. Tertanya-tanya tentang bagaimana sesuatu perhubungan terjalin? adakah kita dicipta untuk seseorang atau memang terciptanya seseorang untuk kita. Yang pasti saya tiada jawapan nya. Namun begitu ramai yang mengatakan lahirnya kita ke dunia ini untuk bersama seseorang sehingga akhir ayat. (ini mengenai perhubungan antara lelaki dan wanita...atau lebih tepat sebai PASANGAN).
Bagaimana ia terjadi..ntah la memang saya tidak tahu. Apa2 pun saya ada pandangan sendiri.
Perhubungan cinta adalah sesuatu yang dibina diantara dua manusia yang bergelar LELAKI dan WANITA. Saling berusaha untuk menjalinkan hubungan...dengan berbagai cara. Terpikirkah anda, adakah dia dijadikan untuk anda??? Jika ya..bagaimana anda mengetahui?? Adakah disebabkan anda suka akan rupa parasnya...ataupun disebabkan ada telah bersama denganya hampir 1, 2 atau pun 3 tahun....Kukuhkah alasan itu semua untuk anda berkata Ya. Mungkin ada seseorang yang betul2 tercipta untuk anda, tapi anda tak berkesempatan bertemu dengan yang tercipta itu. Sebaliknya ada bertemu pihak lain terlebih dulu...bagaimana?? Cuba anda pikirkan...
Yang pasti...apa2 yang kita lakukan perlulah yakin dan berani menanggung risiko dengan keputusan yang telah dibuat.
Apabila terjalin perhubungan...anda mula merasakan ketidak serasian. Adakah disebabkan anda sudah BOSAN...ataupun anda mencari sesuatu yang lebih MENCABAR...Perhubungan terjalin diantara dua pihak. Sebagai yang mencipta perhubungan tersebut kita harus bijak me"maintain"kan tersebut.
Komunikasi adalah sesuatu yang penting dalam perhubungan. Ini kerana perhubungan ini melibat dua pihak yang sebelum ini tidak pernah mengenali di antara satu sama lain sebelum ini. Sebagai manusia, kedua-dua pihak punyai kelemah dan kekurangan. Apa yang dirasakan kurang berpuas hati harus dibincang kan. Ini kerana tanpa komunikasi yang baik perhubungan tidak mungkin akan berjalan lancar...itu hanya lah pendapat saya, ia bergantung pada anda juga. Kedua-dua pihak yang terlibat bukanlah ahli nujum mahupun ahli kumpulan gipsi yang mempunyai Crystal Ball....kedua-dua pihak harus memahari dan cuba untuk menjadikan hubungan itu satu yang menarik. Tidak dinafikan...dalam perhubungan ada pasang dan surutnya, seperti cuaca ada hujan, panas, ribut dan sebagainya. Jadi sebagai manusia yang dianugerahkan akal dan fikiran oleh Tuhan...kita harus bijak menggunakannya.
Daripada filem The Last Kiss tersebut, boleh saya simpulan disini. Adakah kita benar2 paham tentang diri kita??? Adakah sesuatu yg biasa itu...tidak menarik?? atau pun ALASAN yang menjadi segala punca. Ntah la....seriusly saya pun dah x tahu apa yg saya tulis.
Tapi apa yang boleh saya pesan disini....Perhubungan adalah sesuatu yang BESAR dan harus dijaga dengan baik, Ini kerana hanya dengan SEDIKIT...dia boleh merosakkan segalanya.
Monday, June 16, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)