Thursday, May 10, 2007

true COLORS


Tahu x??..sepanjang perjalanan hidup saya saya dah jumpa pelbagai jenis manusia(...x la banyak sangat..baru hidup 21 tahun jer pun) Boleh dikatakan juga lebih dari 10 teori yang telah saya keluarkan mengenai manusia ini (..bukan secara bertulis....kalo ader pun sendirian jer).

Ragam manusia boleh diketogerikan dalam pelbagai jenis antaranya ialah pelik, stereotype dan berbeza. Ermmm..macam2 kan?? Hakikatnya memang kebanyakkan nya pelik. Bak kata pepatah dulu rambut sama hitam, hati lain2. Tapi skarang ni dah x leh guna ayat tu... sbb kata Anita dalam Dunia Anita tu...dia kata org skarang bukan semua rambut kaler hitam, ader yg kaler merah, perang, oren..kalo org melayu dulu boleh la kot pakai pepatah tu. Tapi apa pun dengan adanya org camnilah yg membuatkan dunia warna warni.

Ok..kita bercakap pasal orang yg PELIK dulu. orang yang jenis pelik ni memang pelik sungguh. Sbb apa kata pelik..dia ni memang buat hal dier jer. Apa yng dia pentingkan hal dier jer. Orang dalam kategori ni slalunyer cam tu. xpi x tahu la betul ker x. ni teori saya jer. Orang camni slalunya dier ader dunia dier sendiri. dia memang nak jadi berbeza dan masa yang sama dia dianggap pelik kerana cara hidup n pemikiran nya yg boleh dikatakan agak "pelik". Namun begitu defini pelik ini yg sebenarnya bukahlah bermaksud pelik tapi sebaliknya "pelik"(..paham2 sendiri la). Tapi best kawan ngan org camni..sbb slalunya minda diorang akan sentiasa menjadi idea kretif ..walupun kadang2 x len nak pakai..hehehehe.

Lepas tu plak mengenai orang yang STEREOTYPE. tau x..org yang jenis ni adalah org yang mudah terpengarauh. dan org macam ni slalunya dia akan nampak biasa ja di mata masyarakat sekekliling. X ada sebarang yg boleh ditonjolkan. Mudah terikut dengan peredaran masa dan biasanya diorang x der prinsip sendiri untuk diikuti. Semua prinsip yang mereka akan berubah mengikut keadaan dan masa. Tu lah yg boleh dkatakan mengenai org yg dalam kumpulan ni. xder yang menarik sanagt untuk dicerikan mengenai org jenis ni. bak kata seoarang2 ..org jenis ni cam "ORANG KEBANYAKKAN"..yg bermaksud cam org2 biasa jer.

ok..orang yg ketiga plak orang yg BERBEZA. orang cam ni dia ada sedikt sifat stereotype dan sifat pelik. Gabungan kedua2 tu menjadikan dier pelik. Dier ader prinsip yg dier pegang sampai bila2..biar apa pun terjadi. Akan tetapi orang jenis ni agak ego. Sbb dia ada falsafah dan prinsip hidup sendiri. Tapi orang cam ni kan memang berbeza. Orang camni slalunyer dier nak mencipta dunia dia sendiri yang kadang x mungkin boleh difahami. terlalu banyak prinsip yang dipegang dan kadang menyebabkan dia berseoarang dalam dunianya. Hakikatnya orang camni memang nampak berbeza. Boleh dikatakan dalam setiap benda yg dia lakukan pasti nampak perbezaan besaq dengan yg lain. Tapi hakikatnya itulah yang membuatkan diri orang jenis ini BERBEZA.

Kesimpulan yang dapat dibuat adalah, x iralah dalam kategori mana pun anda anda berhak menentukan siapa anda kerana hanya anda yang mengenali siapa diri anda yang sebenar.

Antara prinsip yang saya pegang dari dulu hingga sekarang adalah

" Kenali diri anda, sebelum mengenali orang lain...kerna dirimu begitu berharga(tamabahan..)"

tapi tulah hakikat sebuah kehidupan yang bewarna warni.

No comments: