Sunday, March 25, 2007

Hai...Selamat Datang

Ini adalah blogs terbaru yang dibuat khas untuk menceritalan persoalan psikologi, permasalah cinta dan pengalaman tentang kehidupan yang dapat dikongsi untuk menjadikan kita seorang insan yang lebih menghargai kehidupan yang ada.

Seperti tajuk blog itu sendiri Falsafah Sebuah Kehidupan, tajuk itu merujuk kepada falsafah atau prinsip yang ada dalam setiap dir manusia. Ini kerana setiap manusia yg wujud di muka bumi ini pasti mempunyai prinsip atau pun objektif dalam kehidupannya. Oleh itu, disini saya ingin berkongsi bersama-sama apa yang saya nampak, dengar dan baca.

Moga-moga perkongsian ini memanfaatkan pihak lain. Ini kerana, pengalaman pihak lain mungkin boleh dijadikan pengajaran untuk pihak yang membaca blog ini.

Sekian, terima kasih.

Smile Always,
Jasman Hazly (JHJ)